A to Z about Premium Beautiful (PB)
1) LONG BRA
- Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
- Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.
- Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.
- 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
- Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.
- Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
- Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
- 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
Cara Pemakaian:
- Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli.
- Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk.
- Tumpukan lemak di sekitar buah dada ke dalam cawan coli.
- Selaraskan tali coli (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali coli).
- Pemeriksaan sendiri.
2) WAIST NIPPER
(Bengkung)
- Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
- Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
- Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
- Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
- 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
- Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
Cara Pemakaian:
- Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas.
- Perhatikan garisan tengah.
- Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.
- Pemeriksaan sendiri.
3) LONG GIRDLE
- 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
- Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
- Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
- Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
- Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
- Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
- Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
- Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
- Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.
Cara Pemakaian:
- Pakaikan seluar dalam.
- Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
- Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
- Pemeriksaan sendiri.
FAQ about Premium
Beautiful:
Adakah pemakaian
Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang?
Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini
diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik
lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang
direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran
darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa
penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.
Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran
darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan
kontur badan yang menarik.
Adakah pemakaian
Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini
dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti
fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap
udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan
badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk
badan yang menarik.
Sekiranya kita ingin
memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran
badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6
hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum
pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan
semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan
adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda
boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi
mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai
selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi
melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas
bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan
adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan
memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu
memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke
tempat asal.
Berapa lamakah kita
akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu
proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas
memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu
memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda.
Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan
beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat
asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa
ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh
penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
Adakah pemakaian
Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran
di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling
umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang
direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang
dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan
yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol,
meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan
menggelebeh.
Adakah Premium
Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya
melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli
berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan
tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh
dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan
kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.
Adakah masalah
payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada
orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi
besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada
keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang
baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat
memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk
kontur badan yang menarik.
Bilakah Long
Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk
memakainya?
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda
memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan
sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama
dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun,
sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap
hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa
anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat
menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.
Mengapakah kita perlu
memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta
bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini,
lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk
jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar ,
maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.
Adakah long brassiere
harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful
merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan
kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan
badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut,
meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki
postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper
diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk
membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan.
Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa
yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik



No comments:
Post a Comment